Jul 22, 2010

Blighted Ovum

Salam to readers,

Hmm kat sini aku nak share sikit info pasal "Blighted Ovum".BO ni membawa maksud Ovum yang kosong atau dlm erti kata lain hanya ada kantung kosong without baby inside.rata2 ramai yang tak tau pasal BO ni kan.aku ni pon masa awal preknen baru festime dgn pasal BO tu..so,jgn amik mudah yer benda ni series sbb tanda2 BO ni sama jer mcm org pragnent...keputusan urine pon +ve.tapi masa early implementation,kan janin baru terbentuk so takde la nmpak ape2 imej dlm rahim kita kan.tu yg kdg2 doc tersalah tafsir terus jer kata kita ni mengalami BO ni..ok,takmo intro panjang2,just check it out...huhu...

Fakta:
Ia terjadi kerana apabila berlaku persenyawaan dan implantasi, cuma pembentukan uri sahaja yang berlaku tetapi janin tidak terbentuk. Ia selalunya akan berlaku pada 6-12 minggu kehamilan dan penyebab utama keguguran pada trimester pertama.

Apa yang berlaku?
Setelah implantasi berlaku, selalunya kehamilan akan berlaku seperti biasa, walau bagaimanapun, sekiranya janin tidak normal, proses kehamilan akan terganggu dan berhenti. Ini adalah cara untuk badan kita mempastikan cuma janin yang normal sahaja akan membentuk dan membesar. Ia kebanyakan berpunca oleh kromosom yang tidak normal samada dari sperma atau telur.

Walaupun blighted ovum ini kerap berlaku, tetapi ia jarang terjadi 2 kali berturut-turut kepada wanita yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku keguguran berulangan, doktor mungkin akan membuat penyiasatan yang lebih mendalam. Ia juga boleh berlaku pada kandungan kembar, di mana salah satu telur yang bersenyawa tidak berkembang manakala yang satu lagi membentuk seperti biasa. Ini dipanggil blighted twin.

Masih rasa hamil?
Walaupun janin tidak membesar, selalunya wanita begini masih merasa seperti wanita hamil yang lain kerana hormon kehamilan masih ada di dalam badan, dan sekiranya ujian kehamilan dilakukan ia masih lagi positif.

Tanda-tanda?
Tanda-tanda biasa termasuklah pendarahan kecil, sakit ari-ari dan pendarahan dari faraj. Ujian ultra-bunyi akan memberikan kepastian samada janin masih hidup atau mati. Ia selalunya akan menunjukan karung kosong tanpa janin di dalamnya.

Dapatkan rawatan?
Blighted ovum selalunya akan gugur sendiri secara beransur-ansur tetapi kebanyakan wanita memilih untuk menjalani D&C sebaik sahaja diagnosa dibuat. Bagi mereka yang mengalami komplikasi seperti jangkitan kuman, kesakitan atau pendarahan yang banyak, D&C akan disarankan kerana ia boleh membahayakan rahim. D&C adalah satu prosedur kecil di mana tisu yang tertinggal akan disedut dan dikikis keluar (scrape) dengan berhati-hati. Walaupun ia tidak merbahaya, ada sedikit risiko parut pada rahim yang boleh memberi kesan kepada kesuburan.

Peluang hamil pada masa hadapan?
Blighted ovum tidak memberi kesan terhadap kesuburan anda dan kebanyakan wanita (>80%) akan hamil secara normal tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar anda menunggu selama 2-3 bulan selepas ia berlaku untuk badan dan emosi anda pulih sepenuhnya.

IMAGES OF BLIGHTED OVUM



*Sumber: Google

2 comments:

- dieyana - said...

nani, k.diana pun tk tahu pasal BO ni, elok nani cerita kat blog. terima aksih atas info ini!

Nanie-Izailani said...

yerla k.diana.tak semua pompuan tau pasal BO ni.atleast dpt la info skit2 klu peknen nanti.

Graphics