Jul 26, 2010

16 Weeks Chekup!

Salam to readers,

Hari ni ada chekup for 16 weeks..ekceli belum tepat cukup 16 weeks lagi..dlm 15 weeks 4 days mcm tu ala more a less 4 bulan la jugak kan.different a few days jer.aku ni tiap kali nak chekup mesti nerves dont know why..maybe sbb eksaited nak tgk sitecik ni kot...hehehh..mana la tau kot2 ada something happen ke pd dia kat dlm ni..klu blh takmo la nak pikir yg -ve2 kan....baik
kita fikir perkara yang baik2 jer.

Memula td chek HB dulu alhamdulillah still normal lagi 100/60.tak tggi tak rendah...pastu br la start scan baby...lama gak la doc uli2 perut aku ni ada la dlm 20 minit kot...tak sngka la bby dah hyperaktif dlm perut ibu dia ni.terkinja2 gedikness gitu..susah sngat nak amik ukuran dia.tang ukuran kepala dah menunjukkan usia dia dah cecah 16 weeks la...yg nak ukur kaki tu yg payah skit...asek nak gerak2 jer tp dia gerak secara lite2 jer la takde rasa ape2 lagi..hmmm rasa happy sngat tersenyum jer bila tgk dia gerak2.pastu ada 1 masa tu tetiba dia kembangkan jari2 dia mcm nak genggam sesuatu....rasa terharu pon ada.tak sngka sngat ada nyawa lain dlm rahim ni...ofkos sume ibu2 rasa mcm tu kan..hmmm tak sabar la nak tggu dia kasik free kick...hehehhe

Then check berat badan naik la 1 kg takde la bnyak mana pon..tp aku mmg kuat mkn.mkn dlm kuantiti yg sikit tp secara kerap.every 1 hour mesti nak mengunyah...klu tak,perut kosong menggigil-gigil.....lepas tu br check urine.doc ckp kandungan gula dlm urine -NIL tapi aku mengalami kencing kotor...takut gak kot2 ada effect kat bby.kena la mkn ubat yg doc kasik tgk duu mcm mana..harap2 pas mkn ubat tu akan ok la..

Ekceli doc ada ckp masa aku kena chiken pox hr tu mybe masa tu dah early implementation.cuma aku jer yg tak sedar.so doc kata kena monitor lbh la kat bby.takut jgak ada effect dr kesan chiken pox tersebut kan.tapi naluri hati aku kuat mengatakan bby tak kena ape2 dia sihat2 jer...ape2 pon kena la berdoa hrp2 takde ape kesan buruk pd anak ku ni..yerla sume ibu2 nak anak dia membesar dgn sihat kan.tp kdg2 ibu normal pon mengalami masalah yg lbh serius.tu sume depends pd rezeki masing2..hanya allah jer yg mengetahui.

Checkup tu more a less 1 hour.then terus mkn ubat yg doc bekalkan..hari ni dpt ubat2 baru-Obimin,antibiotik & ubat utk urine infection!tiga2 ubat ni sume tak sedap bila nk mkn kena tutup hidung lbh2 lagi ubat utk kencing tak lawas tu dah la kena mkn 3 kali sehari kena hbskan 1 botol tu dlm masa seminggu rasanya..ya allah rasa dia mcm hape jer tak sdap lgsung.tp bila difikirkan kesan baik dia aku telankan la jugak walaupon terpaksa.masa festime mkn tu ada la rasa nak termuntah..even dah campur dgn air masak bnyak2 pon rasa tak sedap dia masih ada lagi...hmmm what to do!

Next chekup on 20th Aug & EDD mcm dah berubah jer hr tu doc ckp 12 Jan tp hari ni dah jd 8 Jan lak..ape2 pon tak kisah la janji sitecik ni sihat walafiat..


Potcit Mixture

(take 3 times daily)

Anti-biotik

(2 times daily)

Obimin

Jul 22, 2010

Blighted Ovum

Salam to readers,

Hmm kat sini aku nak share sikit info pasal "Blighted Ovum".BO ni membawa maksud Ovum yang kosong atau dlm erti kata lain hanya ada kantung kosong without baby inside.rata2 ramai yang tak tau pasal BO ni kan.aku ni pon masa awal preknen baru festime dgn pasal BO tu..so,jgn amik mudah yer benda ni series sbb tanda2 BO ni sama jer mcm org pragnent...keputusan urine pon +ve.tapi masa early implementation,kan janin baru terbentuk so takde la nmpak ape2 imej dlm rahim kita kan.tu yg kdg2 doc tersalah tafsir terus jer kata kita ni mengalami BO ni..ok,takmo intro panjang2,just check it out...huhu...

Fakta:
Ia terjadi kerana apabila berlaku persenyawaan dan implantasi, cuma pembentukan uri sahaja yang berlaku tetapi janin tidak terbentuk. Ia selalunya akan berlaku pada 6-12 minggu kehamilan dan penyebab utama keguguran pada trimester pertama.

Apa yang berlaku?
Setelah implantasi berlaku, selalunya kehamilan akan berlaku seperti biasa, walau bagaimanapun, sekiranya janin tidak normal, proses kehamilan akan terganggu dan berhenti. Ini adalah cara untuk badan kita mempastikan cuma janin yang normal sahaja akan membentuk dan membesar. Ia kebanyakan berpunca oleh kromosom yang tidak normal samada dari sperma atau telur.

Walaupun blighted ovum ini kerap berlaku, tetapi ia jarang terjadi 2 kali berturut-turut kepada wanita yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku keguguran berulangan, doktor mungkin akan membuat penyiasatan yang lebih mendalam. Ia juga boleh berlaku pada kandungan kembar, di mana salah satu telur yang bersenyawa tidak berkembang manakala yang satu lagi membentuk seperti biasa. Ini dipanggil blighted twin.

Masih rasa hamil?
Walaupun janin tidak membesar, selalunya wanita begini masih merasa seperti wanita hamil yang lain kerana hormon kehamilan masih ada di dalam badan, dan sekiranya ujian kehamilan dilakukan ia masih lagi positif.

Tanda-tanda?
Tanda-tanda biasa termasuklah pendarahan kecil, sakit ari-ari dan pendarahan dari faraj. Ujian ultra-bunyi akan memberikan kepastian samada janin masih hidup atau mati. Ia selalunya akan menunjukan karung kosong tanpa janin di dalamnya.

Dapatkan rawatan?
Blighted ovum selalunya akan gugur sendiri secara beransur-ansur tetapi kebanyakan wanita memilih untuk menjalani D&C sebaik sahaja diagnosa dibuat. Bagi mereka yang mengalami komplikasi seperti jangkitan kuman, kesakitan atau pendarahan yang banyak, D&C akan disarankan kerana ia boleh membahayakan rahim. D&C adalah satu prosedur kecil di mana tisu yang tertinggal akan disedut dan dikikis keluar (scrape) dengan berhati-hati. Walaupun ia tidak merbahaya, ada sedikit risiko parut pada rahim yang boleh memberi kesan kepada kesuburan.

Peluang hamil pada masa hadapan?
Blighted ovum tidak memberi kesan terhadap kesuburan anda dan kebanyakan wanita (>80%) akan hamil secara normal tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar anda menunggu selama 2-3 bulan selepas ia berlaku untuk badan dan emosi anda pulih sepenuhnya.

IMAGES OF BLIGHTED OVUM



*Sumber: Google

Jul 19, 2010

Alhamdulillah...Lega Rasanya

Salam to readers,
Hari rasa mcm tak sedap hati plak..yerla 2 hr lepas kan jatuh...mmg la takde rasa sakit ape2..tapi dlm hati mesti ada sikit rasa risau kan.so hari ni pg la check kat klinik.nerves jugak la kan.
Aku citer la kat doc tu mcm mana keadaan masa jatuh tu...so doc kata klu takde kuar air/bleeding tu maknanya takde ape2 la yg series.kat baby pon takde mendatangkan kesan ape2.lgpon bhgn perut dan blkg pon takde sakit2.so doc ckp tak perlu risau.lagipon jatuh sbb pitam takde la kuat sngat melainkan jatuh sbb tergelincir ke ape ke..dan ada bleeding yg tu mmg kena alert...hati pon rasa lega lah bila doc dah ckp mcm tu kan.doc cuma bekalkan ubat tahan sakit tu pon klu ada rasa sakit2 dlm perut....dan jugak ubat utk mabuk tahan muntah..lately ni start muntah2 blk...takleh mkn terlampau kenyang...
Pas check baby,doc nak check HB plak..alhamdulillah..HB pon normal..tak rendah tak tggi.so ape2 pon kita tggu next checkup nnti 26 Jul masa tu dah 16 weeks...

Jul 17, 2010

Hopefully Takde Ape2 la Yang Jadi...

Salam to readers,

Hmm...tak tau la mcm mana leh jd mcm ni..harap2 takde ape2 kesan pada baby la.mcm mana yer nak mula citer ni.sbb bila diingat2kan blk rasa mcm trauma sngat2.pas blk dr wedding ceremony tgh hr td bdn rasa tak selesa..tekak rasa mual2 jer.agaknya sbb mkn terlalu kenyang kot tu yg rasa mcm nak tekeluar jer sume isi2 perut ni..huhuhu...aku ni kdg2 mkn bnyak pon tak blh jugak mesti rasa nak muntah.dia kena mkn dlm kuantiti yg sikit tapi kena kerap..hadoiii mcm2 kan...


Ok2 back to the story..bila dah smpai bwh umah kuar dr keta terus rasa mcm tak lalu nak jln.masuk umah jer tukar2 baju cuci makeup terus tumbang then tekak rasa nak muntah..ape lagi berlari la ke sinki uweekkk...uwekkkk disitu...sume benda yg dimakan td hbs kuar blk....penuh sinki tu dgn sisa2 makanan...sakit perut ni nak menahan.kompem la perut akan kembali menjadi kosong...husband la tlg gosok2 kat blkg badan...


Then pas hbs sume kuar dgn tak disangka2 tetiba jer aku tumbang kat dapur tu..tapi jatuh tu tak la teralu kuat tp bontot dulu la yg cecah lantai.husband lak tak smpat smbut sedangkan dia dah berdiri kat blkg.masa tu mmg risau giler la sbb takut ape2 terjadi kat baby...yerla jatuh ni bkn leh main2 klu rahim tak kuat....hmmm tah la tak tau nak ckp...nauzubillah....tp alhamdulillah lah takde bleeding,takde sakit blkg dan takde skit bhgn perut..lagipon agknya dah masuk stage kedua ni kedudukan baby pon dah kuat kan.mungkin ada la kot baby terkejut sikit...hehhee....harap2 takde ape la yg series....husband pon jgn ckp la muka pon risau giler...tp lama2 aku pon dah cool....so tkde la husband risau sngat...


***Ibu harap baby ibu takde ape2 la....ibu selalu doa baby okay dah membesar dgn sihat dlm rahim ibu....so pasni ibu kena hati2 takut terjatuh lagi...2 minggu lagi ada checkup utk 16 weeks..tak sabar nak tgk sitecik ni lagi...to all,pls pray for me & my baby......

Pic* kredit to Mr Google

Graphics